Sumber: e-mail dr seorang kawan : Ita Ahmad
Ceramah oleh Ustazah Habsah (JAKIM)
(28/2/2010 – Surau Al-Hidayah)
Tanda-tanda orang yang keras hati:
- Tidak menunaikan solat – (kalau solat pun tak pernah berjemaah terutama solat Subuh)
- Meninggalkan membaca al-Quran, menghayati, & mengamalkan (bila je kite baca al-Quran? Malam Jumaat, baca yasin. Itu pun kalau yang bacalah…Alhamdulillah)
- Rezeki yang dicari tidak halal – menipu, rasuah, riba, dll.
- Diri dihiasi dengan kesombongan/ takbur
- Cenderung kepada dunia
- Penglihatan cenderung kepada yang haram – tengok orang berpakaian seksi, cerita lucah, tidak menutup aurat
- Tidak pernah muhasabah diri & suka berangan-angan
- Banyak bercakap, banyak ketawa, banyak makan
- Suka memarahi orang – yang menyalahi syarak
- Suka berdusta
- Suka hadir majlis yang mengaibkan
- Suka berdendam, dengki-mendengki, saling membenci
- Menghabiskan masa tanpa melakukan perkara yang berfaedah
- Mengambil makanan yang diharamkan – rokok, dadah, arak
- Menghiasi hidup dengan hiburan semata-mata – sekarang semua jenis hiburan ada kat tv/channelkan! Macam-macam ada. Kalau tentang agama, berapa peratus?
Cara-cara rawatan:
- Mendalami ilmu – terutama Al-Quran & As-Sunnah (baca, hayati, khusyuk & taddabur, tahu makna)
- Membaca sirah Rasulullah s.a.w & para sahabat (sediakan bajet untuk membeli buku agama setiap bulan)
- Sentiasa bersedekah (saham akhirat)
- Kasih kepada fakir miskin/ orang yang memerlukan bantuan
- Kasih kepada ibu bapa & ihsan kepada kedua-duanya (selalulah berdoa utk mereka, bertanya khabar, blk kampung, sambut hari penting dgn mereka tidak kira la hari jadi, ulang tahun ke apa…asalkan hati mereka gembira & bangga ada anak mcm kita)
- Menziarahi orang sakit – ingat kita pun akan sakit juga
- Menjalin & mengeratkan silaturahim
- Melihat & memandikan jenazah (masa kita akan sampai nanti)
- Banyakkan berzikir (lembutkan hati)
- Sentiasa bertaubat – lakukan taubat nasuha (solat sunat taubat – sebelum tidur & sentiasa beristighfar)
- Hidupkan malam dengan qiamullail
- Rendahkan diri & berakhlak mulia
- Solat berjemaah & amalkan beriktikaf di dalam masjid
- Memberi salam (sama ada kenal/ tidak)
- Menghadiri majlis-majlis ilmu
- Mengelakkan perkara/tubuh badan drp melakukan perkara syubhah
- Sentiasa berdoa
Muhasabah diri kita. Ini sebahagian je… Allahua’lam.
![]() |
